SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA EN. IAN CRUDDAS: PENGARAH OPERASI GCH RETAIL (M) SDN BHD

KUALA LUMPUR, Selasa (6 November 2012) – Yayasan Cemerlang telah menjemput Encik Ian Cruddas, Pengarah Operasi GCH Retail (M) Sdn Bhd untuk satu sesi perkongsian pengalaman yang telah diadakan di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK). Sesi ini dianjurkan khas untuk para pemegang biasiswa Tun Rahah yang sedang mengikuti program peringkat sarjana di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Encik Ian Cruddas merupakan seorang pengarah urusan bagi industri barangan pengguna yang terbukti rekod prestasinya dalam membawa syarikat-syarikat besar melalui pertumbuhan yang pesat. Dengan 22 tahun pengalaman dalam bidang peruncitan termasuk 9 tahun di Asia, beliau seorang pemimpin yang memiliki pengetahuan yang menyeluruh tentang struktur dan proses perniagaan dan juga seorang yang kreatif. Beliau sudah berkhidmat dengan British Home Stores (BHS) (1984-1989), bermula sebagai juruwang sehingga memegang jawatan sebagai Pengarah Khidmat Pelanggan. Kemudian beliau telah menyandang jawatan Pengurus dengan syarikat A.S Watson di Malaysia pada 1999 dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Urusan, dalam perniagaan Watson yang terbesar di Asia pada tahun 2006.

Seramai 17 pelajar tajaan Biasiswa Tun Rahah telah mengikuti sesi ini yang berlangsung di Dewan Senat Universiti Tun Abdul Razak. Encik Ian Cruddas sudi untuk berkongsi pengalaman berharga beliau dan memberikan tips-tips yang berguna sepanjang penglibatan beliau dalam bidang peruncitan dan pasar raya besar. Sesi ini juga dimanfaatkan oleh para pelajar yang majoritinya sedang mengikuti program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) untuk bertanyakan soalan kepada beliau. Secara amnya, sesi 2 jam ini telah berjaya meningkat kefahaman pelajar tentang industri peruncitan dan pasar raya besar.

View My Stats